Miss Yayah
College

I now studying at .. MRSM ULUL ALBAB SUNGAI BESAR, SELANGOR.

Salam Ukhuwwah

Welcome to my super duper blog ^_______^


Entry Owner Linky Tutobies


The Mayor

Ruqaiyyah Sofina - Muslimah Solehah to-be -14 y/o - misi 30 juzuk
Loyal Followers



Quotes
Much Love From : Miss Yayah
*Menuju 4 flat dan 30 juzuk!

Walkie-Talkie



Blogger List



Credits

Template:Jesslyn A.S
Basecodes: Sandra
Others:   
Re-edit by:Yayah


Inikah neraka??


HAI! eh tersilap  Assalaamualaikum warahmatullah Tabaarakallah~

Pencerita : Mohd.Rafiq Abdul Rahman (pian cecupak)
Rujukan  : Tunjukkan Aku Jalan Ke Syurga
BERDAKWAH KERANA ALLAH,KISAH BENAR

Tulis sendiri!! 2 jam lebih menaip -.-"

Saya ketakutan!Api yang besar itu terus menyala nyala di hadapan saya.Ia keluar dari sebuah pintu yang sangat besar hingga saya yang berada di luar dapat rasakan bahang kepanasannya.Tubuh saya menggigil,dimana saya SEBENARNYA??

Bersama api yang marak itu,suara manusia yang sedang meraung kesakitan menyerbu ke telinga saya.Badan dan lutut saya mula menggigil mendengar mereka terlolong-lolong di dalam api tersebut.Saya tertanya tanya kenapa mereka DISEKSA??

Ketika memerhati sekeliling tempat yang menakutkan itu,tiba tiba saya terlihat sekeping gambar terpampang pada dinding pintu besar itu.Saya rasa saya kenal lelaki di dalam gambar tersebut.Saya kenal benar!!

Saya pun mengamatinya.Alangkah terkejutnya,lelaki itu adalah saya!Saya nampak gambar beberapa orang rakan artis yang saya cukup kenali.Di situ juga terpampang segala artikel dan gambar yang pernah tertulis di akhbar dan majalah mengenai saya.Ya ALLAH!! INIKAH NERAKA??Saya makin takut.Seluruh tubuh saya menggeletar.Saya sudah matikah dan dihumban ke neraka ini??

Sebentar kemudian saya terdengar pula ada satu suara yang memanggil nama saya "Mohd Rafiq bin Abdul Rahman!!" Suara itu sungguh kuat.Serentak itu,saya lihat di depan saya ada seorang lelaki hitam dan besar.Matanya merah menyala.Makhluk itu sungguh menakutkan sehinggakan saya tidak mampu bertentang mata dengannya..Dia kemudian mengeluarkan satu lembaran surat lalu membaca satu persatu dosa-dosa yang telah saya lakukan.Apabila diperdengarkan saja dosa-dosa dan maksiat yang telah saya lakukan itu,saya terpaku tidak dapat berbuat apa-apa

Walaupun cuba untuk menafikannya,tetapi seluruh anggota saya bercakap dengan sendiri.Ia mengaku setiap apa yang saya lakukan.Tidak semena-mena saya merasakan kaki dan tangan saya bagaikan digari.Setelah melihat seksaan dan dibacakan segala dosa-dosa saya satu persatu,saya dibawa menaiki kenderaan seperti trak bersama pesalah-pesalah lain.SAYA TIDAK TAHU KE MANA.

Semasa dalam perjalanan,dari jauh saya dapat melihat api yang sangat besar berwarna biru kehitaman.Sungguh dasyat dan menggerunkan.Setelah turun dari trak itu kami semua beratur,lalu seorang demi seorang dipanggil mengikut jenis dosa yang mereka lakukan."Mohd Rafiq Abdul Rahman!"  Nama saya dipanggil dan saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang dipenuhi api menyala-nyala.Melangkah sahaja masuk ke dalam bilik itu,seluruh anggota badan saya serta merta terbakar hangus.

Saya menjerit kesakitan.Dapat saya lihat daging-daging dan tubuh saya jatuh ke lantai.Tidak cukup dengan itu,saya kemudian dipalu dengan tongkat besar hingga seluruh badan saya hancur berkecai.Kesakitan yang saya alami tidak dpt digmbrkan dgn kata-kata.Saya meraung,terpekik dan terlolong,tidak sanggup lagi menanggung seksaan itu.

Saya menggelupur kesakitan.Tetapi walaupun sekuat mana saya meraung,tidak ada siapa yang dapat membantu.Mereka yang lain juga senasib dengan saya.Mereka juga memerlukan pertolongan,tetapi waktu itu siapa yang dapat menolong?

Semasa sedang diazab dengan bermacam macam seksaan, tiba-tiba sekali lagi nama saya dipanggil.Saya kemudian dikeluar dari bilik itu.Ketika itu seluruh tubuh saya sudah melecur,daging tubuh saya bersepah di lantai.Saya merasa kesakitan yang sungguh menyeksakan.

Saya dibawa beratur sekali lagi,kali ini untuk menaiki sebuah kenderaan seperti kereta api yang sangat cantik.Waktu itu,saya dapat rasakan dan nampak kulit serta daging saya mula bercantum sedikit demi sedikit.Kereta api itu membawa saya naik ke atas,sampailah ke satu tingkat yang dihuni  oleh skumpulan manusia yg sdng gembire.Wajah mereka bersih dan bercahaya.Hati saya berasa gembira melihat mereka.

Dimanakah saya berada kini?Seorang penjaga di dalam kereta api itu mengatakan itu adalah aras tempat anak-anak yatim.Kereta api itu terus lagi naik ke tingkat seterusnya.Saya lihat kawasan di situ,serta penghuninya sangat-sangat cantik dan tampan.Wajah mereka berseri-seri.Kata penjaga di dlm kereta api,ini semua adalah tmn-tmn syurga.

Wajah wanita-wanita yg mnjadi pnghuninya sngt jelita.Yang lelaki pula tampan dan segak.Saya terpegun di situ.Kalau boleh saya tidak mahu keluar dan hidup bersama mereka.Tetapi sedang enak dibuai dengan segala keindahan itu,tiba-tiba saya tersedar dari mimpi. "MASYA-ALLAH! Sungguh indah syurga-Mu ya ALLAH," kata saya spontan.

SAYA TIDAK TAHU,adakah itu gambaran syurga?kalau benar memang keindahan syurga sukar digambarkan.Saya tidak menyangka ALLAH tunjukkan saya keindahan sebegitu walaupun saya sedar diri saya banyak melakukan dosa.

Begitulah juga dgn gmbaran neraka,yang dipnuhi azab seksaan yg tramat pedih.Mimpi itu membuatkan saya sedar betapa kerdilnya diri ini berbanding kebesaran Allah.Mungkin itu satu petunjuk dari Allah mahu memperlihatkan kepada saya betapa pedih serta azabnya dan betapa indahnya syurga.
Mimpi itu 'mengejutkan" saya yang ktika itu trcari-cari arah hidup akibat dihimpit dgn ujian demi ujian.Ujian datang bertimpa-timpa hingga kadang-kadang saya rasa tidak dapat memikulnya.

Akibat terlalu leka dengan hiburan dunia,saya sanggup lakukan apa saja demi memuaskan nafsu.Saya memasang susuk pada wajah supaya dilihat manis pada pandangan orang dan menjadi pendinding diri.Tapi saya tidak menyangka penangan susuk ini sungguh menyakitkan....

Walaupun satu-persatu ujian yg melanda,saya tahu ini adalah ujian Allah atas dosa-dosa yg lampau.Saya redha.Cuma satu permintaan saya,tolong doakan kebahagiaan sya di dunia dan akhirat..AMEEN!!

BERDOA SUPAYA TIDAK DIMASUK KE NERAKA!!

Older Post | Newer Post